Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 8, 2014

KUANTAN: AMARAN TERHADAP PENIPUAN MELALUI LAMAN WEB





KUANTAN - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan penipuan yang dilakukan melalui laman web. 

Tawaran harga murah daripada pasaran atau harga semasa menyebabkan mangsa terpedaya dan membuat pembayaran melalui aplikasi online atau akaun tertentu. 

Apabila mangsa mengesahkan bahawa bayaran telah dibuat, selepas itu suspek gagal dihubungi atau suspek memberi nombor siri courier palsu.

Demikian kenyataan yang dimuatnaik melalui laman media sosial Facebook Polis Pahang sebagai satu amaran kepada pengguna - pengguna laman media sosial.

Jelas kenyataan itu lagi, mengikut statistik bagi kes di Pahang mulai Januari hingga September tahun ini ‘Mudah.com.my’ menyumbang 106 kes melibatkan kerugian berjumlah RM238,170.00. 

Sementara itu aplikasi ‘Facebook’ pula menyumbang sebanyak 58 kes melibatkan kerugian RM377,420.02 manakala aplikasi-aplikasi lain 178 kes melibatkan kerugian RM57,647.00. 

Kerugian pada keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM673,237.02 melibatkan 178 kes. Perbandingan keseluruhan tempoh sama dengan tahun lalu menunjukkan penurunan sebanyak 35 kes namun peningkatan kerugian dicatatkan sebanyak 19.6 peratus.

Orang ramai juga diminta berhati-hati terhadap laman web lain yang dikenalpasti iaitu BBM.COM, jerkycut, bicycle buy sell, mobile88.com, tangtu.com, loyat.com, e-bay, majalah.com dan olx.com.

Antara panduan yang digariskan oleh pihak Polis bagi mengelakkan diri daripada menjadi manga penipuan pihak - pihak tersebut ialah:

1. Pastikan pembelian melalui online dibuat kepada laman sesawang yang diyakini wujud dan terkenal dalam kalangan penguna.

2. Periksa tahap keselamatan laman sesawang dilayari sebelum melakukan sebarang pembelian.

3. Jangan mudah memberi maklumat peribadi terutama mengenai akaun bank.

4. Selalu semak penyata di akaun bank anda setelah membuat pembayaran secara online.

5. Kemaskini alat komunikasi anda seperti ‘smart phone’.

6. Elakkan pembelian atas talian menggunakan komputer awam (cafe siber) atau hotspot seperti wifi di restoran atau tempat-tempat lain.

7. Periksa dan bandingkan harga barangan yang ditawarkan di kedai atau laman web lain untuk memastikan harga yang ditawar logik atau tidak.

8. Sentiasa kemaskini laman e-banking dan jangan biarkan tanpa diawasi selepas digunakan (log out).

9. Berhati-hati memilih kaedah pembayaran. Sebaiknya membuat bayaran di ATM. Penggunaan kad kredit atau kad debit amat berisiko kerana melibatkan pendedahan nombor kad kredit dan nombor akaun bank bagi kad debit. 

#Sumber

0 comments:

share2