Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan, mendedahkan bahawa dakwaan kerajaan kelantan dianaktirikan oleh kerajaan persekutuan adalah satu fitnah. Malah Kelantan menerima peruntukan yang lebih besar berbanding beberapa negeri lain yang berada di bawah Barisan Nasional.
Kerajaan negeri Kelantan menerima peruntukan tertinggi dari kerajaan Persekutuan, justeru jika negeri Kelantan gagal dibangunkan maka bukanlah salah kerajaan Pusat yang konon meminggirkan negeri Kelantan sebagaimana yang diwar-warkan oleh kerajaan Pas Kelantan.
Ianya adalah kerana kegagalan kerajaan Pas Kelantan sendiri yang gagal mengurus tadbir kewangan serta gagal mendapatkan sumber kewangan termasuk gagal menarik pelabur asing untuk melabur dan membangunkan Kelantan.
0 comments:
Post a Comment