Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 1, 2014

HIDUNG, TELINGA, BIBIR WANITA DIKERAT

Surat ancaman yang pernah ditulis Huang kepada teman wanitanya.


TAIPEI - TAIWAN . Gara-gara cemburu kerana menyangka teman wanitanya mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang warga emas di Taiwan bertindak memotong telinga, hidung dan bibir wanita itu dengan pisau pemotong buah.

Media Central News Agency melaporkan, selepas memotong bahagian anggota badan Zhu, 47, suspek dikenali sebagai Huang, 79, membuangnya di dalam mangkuk tandas.

Ketika serangan, Huang dikatakan mengikat kaki dan tangan wanita itu dengan tali semasa tidur sebelum memotong anggota berkenaan.

Polis tempatan memaklumkan, apabila mangsa menjerit kesakitan, Huang menyumbat mulut Zhu dengan tuala dan terus melakukan kekejaman tanpa rasa belas kasihan.

"Dia kemudiannya membuang anggota tersebut dalam mangkuk tandas sebelum menghubungi ambulans. Mangsa dibawa ke Hospital Changhua Christian dan kini berada dalam keadaan stabil,"menurut polis.

Difahamkan, Huang pernah mengancam teman wanitanya dengan nota amaran bahawa akan berlaku pertumpahan darah jika dia dapat menangkap teman wanitanya makan dengan lelaki lain, dipetik dari laporan Straits Times.

















0 comments:

share2