Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 19, 2014

'BUKAN MUDAH JADI HANG JEBAT'

                              Beto Kusyairy

Tidak dinafikan, bukan semua pelakon mampu menggalas tanggungjawab yang baik dalam pementasan teater lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan naskhah sejarah.

Mengakui perkara yang sama, pelakon Beto Kusyairy yang menggalas watak Hang Jebat menerusi teater Takhta 3 Ratu bagaimanapun komited memberi persembahan yang terbaik.

“Ini kali pertama saya terlibat dengan pementasan teater di Istana Budaya di bawah arahan Erma Fatima.

“Terus terang saya katakan, bukan mudah untuk melakonkan watak Hang Jebat tambahan pula kita hanya didedahkan dengan karakternya semata-mata. 

“Tapi saya dan Erma akan lebih berbincang secara khusus bagaimana untuk terjemahkan watak ini dengan cara yang berlainan. Saya anggap ini sebagai cabaran untuk dipikul,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bercerita lebih lanjut mengenai tawaran itu, Bintang Istanbul Aku Datang ini yakin pengisian teater yang mengisahkan sejarah Kesultanan Melayu Melaka mampu menghasilkan pementasan yang berbaloi.

“Salah satu sebab utama mengapa saya bersetuju untuk terlibat sama adalah pengisian jalan cerita yang diangkat.

“Tidak ada sebab untuk saya tolak tawaran ini tambahan pula bekerja di bawah arahan Erma yang kita sudah tahu kehebatan karyanya.

“Penglibatan saya dalam bidang teater pun sedikit sebanyak dapat mengasah bakat saya dalam lakonan. Jadi ini peluang terbaik buat saya,” ujarnya yang bakal tampil dengan lakonan filem terbaharu, Gila Baby, yang bakal ditayangkan awal Disember ini.

0 comments:

share2