Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 17, 2014

BERITA PALSU KUANTAN MULA BANJIR TERSEBAR DI WHATSAPP DAN TELEGRAM

Displaying IMG-20141117-WA0035.jpg
Foto banjir tahun lalu yang disebarkan semula

Kuantan - Penduduk sekitar bandar Kuantan dinasihatkan agar tidak mempercayai khabar angin dan berita palsu melalui gambar-gambar yang disebarkan dibeberapa aplikasi media sosial termasuk whatsapp dan telegram mengenai keadaan banjir di Kuantan.

Foto dan maklumat yang disebarkan menyatakan bangunan UTC ditenggelami air namun beberapa individu yang melalui kawasan berkenaan menafikan laporan tersebut. Hasil siasatan mendapati bahawa foto berkenaan adalah foto tahun lalu yang disebarkan semula oleh orang yang tidak bertanggung-jawab.

Menurut sumber rasmi dari Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang, keadaan air dibeberapa sungai utama sekitar Kuantan adalah dalam keadaan normal. Masyarakat tidak perlu bimbang dan jangan sesekali mempercayai sebarang berita jika tidak dari sumber yang sahih.

Untuk maklumat mengenai banjir, sila layari laman facebook berikut:


~ Editor


0 comments:

share2