Penulis pojok popular Utusan Malaysia Awang Selamat tiba-tiba jadi meroyan entah mengapa. Yang jelas dan nyatanya Utusan Malaysia berturut-turut menghentam Menteri Besar juga entah kenapa.
Yang kita tahu, isu ini bermula apabila Menteri Besar menegur wartawan Utusan Malaysia yang melaporkan berkenaan 30,000 Bangla yang berkerja dalam sektor pertanian di Cameron Highland.
PahangKu menyiarkan rakaman video sidang media Menteri Besar yang dengan jelas menerangkan maksud bahawa bukan laporan Utusan Malaysia yang beliau bantah, cuma beliau merasakan adalah tidak wajar perkataan ' ditawan' digunakan bagi menunjukkan kehadiran pendatang asing itu di Cameron Highland.
Namun kenapa Awang Selamat merasa 'panas punggung' àpabila diberikan teguran sedemikian dan seterusnya mengambil tindakan menyerang Menteri Besar Pahang habis-habisan?
Jika Utusan boleh menggunakan alasan 'metafora' pada perkataan 'ditawan', kenapa pula Menteri Besar Pahang tidak boleh gunakan alasan sama bagikata-kata 'takutkan Ketua Pengarang lebih darI takutkan Tuhan'?
Kenapa pula blogger-blogger Pahang juga dikaitkan sama apabila mereka dengan ikhlas memberikan sokongannya kepada Menteri Besar mereka? Siapa sebenarnya yang mencari makan hasil penulisan? Siapa sebenarnya pencacai?
Kita tidak kisah jika Awang Selamat ingin merendahkan taraf dan dirinya dan meletakkan diri sebagai pencacai setaraf dengan kami. Kita juga tidak hairan jika Awang Selamat ingin memeggang 'title' penulis upahan, cuma serangan bertalu-talu terhadap Menteri Besar Pahang dirasakan agak janggal dan jelas menampkkan adanya agenda tersembunyI dan terancang.
Jika Awang Selamat merasakan beliau berhak pertahankan kenyataannya dan akhbarnya, maka salahkah kami pertahankan kenyataan kami juga dan pertahankan Menteri Besar kami?
Mungkin lebih baik rasanya jika Awang Selamat mengambil tindakan untuk menamatkan perselisihan faham ini dengan membuat kenyataan maafnya secara terbuka kepada Menteri Besar Pahang, kita pasti bahawa Menteri Besar Pahang ini masih ada perasaan untuk memaafkannya dengan penuh keikhlasan.
Jika tidak, mungkin krisis ini akan berlanjutan dan permusuhan terbuka antara Awang Selamat dengan bloggers serta pengamal media sosial Pahang akan berterusan dan akan memberi kesan buruk kepada Awanh Selamat sendiri.
Editor.
0 comments:
Post a Comment