Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 27, 2014

ANWAR SOGOK RM100J UNTUK BERPALING TADAH



Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan timbalan perdana menteri oleh pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berpaling tadah.

Katanya, tawaran itu juga bagi membawa 10 MP Sabah menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008.

Beliau menjawab soalan yang diajukan paguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan menamakan individu tersebut sebagai Datuk Ishak Ismail, bekas pengerusi KFC.

Katanya, Ishak membuat tawaran berkenaan semasa menteri berkenaan berada di Hotel Hilton di KL Sentral.

“Saya kecewa dengan tawaran tersebut dan berasa ia sangat murah kerana saya MP selama tiga penggal. Saya beritahu Ishak, ‘jangan sekali-kali diulang kata-kata itu’.

“Saya menyatakan dalam ucapan di parlimen pada Mei 2008 bahawa saya kecewa dengan kerajaan persekutuan (bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi) kerana tidak memberi pengiktirafan kepada MP daripada Sabah dan Sarawak.

“Bagaimanapun, saya nyatakan di parlimen pada ketika itu bahawa, walau kecewa dengan kedudukan itu dan BN tewas lima negeri, saya tidak akan berpaling tadah,” katanya.




0 comments:

share2