Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 31, 2014

TUN MAHATHIR - WANITA BOLEH JADI PERDANA MENTERI





KUALA LUMPUR, 29 Okt – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada apa yang menghalang seorang wanita daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan tidak melarang wanita daripada memegang jawatan tertinggi itu.

Namun, dalam sebuah negara demokrasi, jumlah sokongan majoriti diambil kira.

“Jika seorang wanita boleh memenangi sokongan majoriti, saya yakin parti akan memilih beliau sebagai presiden dan presiden kemudiannya boleh dilantik menjadi Perdana Menteri,” katanya pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama mengenai Wanita Pemimpin Masa Depan semasa majlis penutup Forum Wanita Luar Biasa 2014 pada Rabu.

Terdahulu, beliau berkata lebih ramai wanita dijangka mengambil peranan kepimpinan pada masa hadapan memandangkan sejumlah besar mereka melanjutkan pengajian ke universiti, dengan nisbah 70% wanita dan 30% lelaki.





0 comments:

share2