Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 31, 2014

JANDA DITAHAN BERSAMA WANG KES PENIPUAN


image



KANGAR, 31 Okt – Seorang janda yang juga bekas banduan berusia 32 tahun ditangkap di sini Ahad lalu selepas terbabit dalam lima kes penipuan membabitkan kerugian RM16,500.

Suspek didakwa memperdayakan beberapa mangsa untuk menyerahkan barang kemas dan telefon bimbit mereka dalam kejadian sekitar Julai hingga Oktober tahun ini.

Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron, berkata sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menahan suspek dalam satu serbuan di sebuah rumah di Padang Siding, Arau, pada 26 Oktober lalu.

Zull Aznam berkata, semua barang rampasan ditemui di rumah berkenaan pada tubuh suspek dan kedai pajak gadai.

“Suspek sebelum ini pernah ditahan dan dipenjarakan lebih kurang dua tahun atas kesalahan yang sama namun dia mengulangi kegiatannya selepas dibebaskan April lalu.

“Suspek direman mulai 27 Oktober sehingga 30 Oktober dan reman itu akan disambung untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.






0 comments:

share2