Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 23, 2014

TERKEJUT TEMUI ULAR SAWA BESAR


Penduduk melihat ular sawa yang ditemui di kebun getah di Slow Temiang.


Kuala Krai - Sekumpulan penduduk kampung yang sedang membersihkan kebun getah di Slow Temiang, di sini dikejutkan dengan penemuan ular sawa seberat 50 kilogram, tengah hari kelmarin.

Ular sepanjang kira-kira empat meter ini dikatakan sedang bersembunyi di dalam batang kayu.

Kumpulan penduduk ini bernasib baik kerana sempat menyedari kehadiran ular yang sedang bersembunyi itu.

Ketika kejadian, Mohd Musmizi Ibrahim, 37, dan beberapa rakannya mengambil upah menebas kebun getah berkenaan sejak empat hari lalu, untuk kerja-kerja penanaman semula tidak lama lagi.

Menurutnya, ketika sedang menebas semak samun, mereka ternampak seekor ular di dalam batang kayu.

“Kami segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kerana masing-masing tidak mempunyai kepakaran dan kelengkapan untuk menangkap ular tersebut

“Penemuan ular di kebun ini bukan pertama kali. Sebelum ini ular sawa juga pernah ditemui di kebun ini tetapi di lokasi yang berlainan,” katanya.

Penemuan ular sepanjang kira-kira empat meter itu menarik perhatian penduduk kerana jarang ditemui ular sawa sebesar itu sebelum dibawa pulang ke Pejabat JPAM Kuala Krai.

Sementara itu, Pegawai Operasi JPAM Kuala Krai, Sarjan (PA) Mohd Bakri Mohd Noor berkata, ular tersebut dapat ditangkap dalam masa 15 minit dengan kerjasama penduduk.

Menurutnya, ular itu dibawa balik ke pejabat dan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.

0 comments:

share2