TEMERLOH - Jabatan Perikanan Pahang melepaskan lebih 1.2 juta ekor anak ikan pelbagai jenis ke dalam Sungai Pahang, Sungai Tembeling dan Sungai Jelai bagi tempoh dua tahun hingga 2013.
Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Adnan Husein berkata sebanyak 750,000 ekor dilepaskan pada tahun 2012 dan 500,000 ekor pada tahun 2013 membabitkan spesies ikan patin, baung, kerai dan lampam.
Katanya kira-kira 5,000 hingga 10,000 anak ikan tapah dan ikan kelah turut dilepaskan di Sungai Tembeling tahun lepas dalam usaha untuk membiakkan ikan itu.
"Kita yakin dengan pelepasan anak-anak ikan tersebut, nelayan sungai akan beroleh pendapatan yang baik apabila ikan-ikan tersebut telah membiak dan cukup matang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Adnan bagimanapun menyuarakan kebimbangan terhadap pencemaran air Sungai Pahang yang berlaku di beberapa daerah di negeri ini ekoran aktiviti pembalakan dan keladak minyak sawit yang boleh menjejaskan pembiakan ikan tersebut.
0 comments:
Post a Comment