Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 22, 2014

TANGAN, KAKI HAMPIR PUTUS


Mangsa cedera parah di kedua belah tangan dan kaki kiri dalam kejadian di Jalan Paya Besar, kelmarin.


Lunas - Hasrat seorang lelaki berusia 20an untuk balik ke rumah selepas seharian bekerja tidak kesampaian apabila motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 6 petang di Jalan Paya Besar, kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai datang dari arah Paya Besar menuju ke Kulim, bagaimanapun bertembung dengan motosikal dari arah bertentangan.

Akibat rempuhan kuat, mangsa melambung ke cermin kereta yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa yang cedera parah di bahagian kedua-dua lengan tangan dan kaki kiri kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan kecemasan, bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia tiga jam kemudian.

Dalam kes berasingan, pada waktu serta laluan yang sama, seorang lelaki warga asing yang dalam perjalanan balik kerja ke asramanya di Taman Lobak Paya Besar, di sini maut digilis treler.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, siasatan awal mendapati, treler berkenaan dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Alma, Bukit Mertajam telah menggunakan Jalan Paya Besar sebagai laluan pintas.

Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian, mangsa yang berusia 30-an menunggang basikal cuba mengelak motosikal yang berhenti di tepi jalan.

Menurutnya, gagal mengelak, mangsa bergesel dengan lori terlibat dan terjatuh di atas jalan sebelum digilis tayar belakang kenderaan tersebut.

“Mangsa yang cedera parah di kepala maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

"Kedua-dua kes akan disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengakibatkan kemalangan maut,” katanya.

0 comments:

share2