Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 20, 2014

RESTORAN KENA ROMPAK


Bandaraya Melaka - Beberapa pekerja sebuah restoran di sini tergamam dan hanya mampu mendiamkan diri apabila premis berkenaan dimasuki seorang lelaki bersenjatakan pistol awal pagi semalam.

Suspek yang dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke udara dalam kejadian kira-kira jam 12.50 pagi itu terus berjalan ke bahagian belakang restoran berkenaan sebelum bersemuka dengan seorang pekerja kontrak warga Indonesia yang sedang memasang jubin ketika itu.

Menurut sumber, suspek berkenaan terus merompak wang tunai milik pekerja berkenaan berjumlah RM2,000 sebelum melarikan diri menaiki sebuah motosikal.

Menurutnya, ketika kejadian, restoran berkenaan sudah ditutup dan dipercayai tidak pelanggan di dalamnya.

“Pekerja kontrak berkenaan difahamkan telah melakukan kerja pengubahsuaian di restoran itu sejak seminggu lalu, di mana dia hanya menjalankan kerja selepas restoran ditutup setiap malam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, hasil siasatan awal, polis percaya lebih daripada satu senjata api digunakan dalam kejadian berkenaan.

Beliau turut mengesahkan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Menurutnya, kedua-dua suspek dipercayai tiba di restoran berkenaan dengan menaiki sebuah motosikal, di mana salah seorang daripada mereka menunggu di atas motosikal di luar premis.

“Susulan kejadian ini, polis telah menjalankan Ops Tutup dengan melakukan sekatan jalan raya di beberapa lokasi di daerah ini bagi memburu suspek,” katanya.

0 comments:

share2