Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 30, 2014

PASUKAN BERTINDAK PANTAU TASKA AKAN DITUBUH


Kuala Lumpur - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menubuhkan pasukan bertindak untuk memantau dan membincangkan hal-hal berkaitan pendaftaran taman asuhan kanak-kanak (taska) tidak lama lagi.

Timbalan Menterinya, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, penubuhan pasukan itu penting untuk memastikan lebih banyak taska didaftarkan secara sah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara.

Katanya, bagi merealisasikan penubuhan pasukan itu, kementerian bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengadakan Mesyuarat Persediaan Bersepadu Berkaitan Taska, Pusat Jagaan dan Orang Kelainan Upaya (OKU) setiap minggu. 

"Kementerian mengambil berat tentang pekerja wanita yang mempunyai anak yang ingin menghantarnya ke pusat jagaan yang kondusif dan selesa," katanya kepada pemberita selepas menutup "The Women Extraordinaire Forum 2014" (WEF 2014) di sini hari ini.

Mengikut statistik JKM, sebanyak 3,414 taska telah didaftarkan setakat 31 Ogos tahun ini dan daripada jumlah itu, 2,776 adalah taska institusi, 453 taska di rumah, 40 taska komuniti, manakala 145 taska di tempat kerja.

0 comments:

share2