Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 1, 2014

PAS P PINANG GESA PEMECATAN ISZUREE DITARIK BALIK


Georgetown - Pas Pulau Pinang hari ini menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya menarik balik pemecatan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap pihak berkuasa tempatan (PBT).

Setiausaha Pas Pulau Pinang, Fadzil Kemi berkata, sebagai pemimpin Pas yang komited, Iszuree lantang menyuarakan isu berkaitan nasib penduduk di negeri ini.

"Isu yang dibangkitkan Iszuree pada Muktamar Pas (bulan lepas) melibatkan rakyat dan bukan memburuk-burukkan kerajaan Pulau Pinang. Perkara ini harus ditangani dengan bijaksana, perlu adakan perbincangan," katanya pada sidang akhbar di sini.

Iszuree, yang juga Bendahari Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang, dipecat daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP berikutan ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-60 di Batu Pahat, Johor Baharu, yang dikatakan menegur kerajaan Pulau Pinang berhubung isu dasar perumahan.

Iszuree, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata beliau hanya membangkitkan isu rakyat sama seperti yang dilakukan pemimpin DAP atau PKR ketika mereka menghadiri perhimpunan agung parti masing-masing.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Tanah Pas, Mazlan Aliman berkata, pihaknya mahu mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu tanah dan penduduk negeri ini.

0 comments:

share2