Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 15, 2014

OKU LARI DARI PUSAT PERLINDUNGAN


Lelaki sindrown down ini dipercayai datang dari Kedah dan ditemui di Larkin Sentral sedang meminta derma.

Johor Bahru – Seorang lelaki OKU bertindak melarikan diri daripada sebuah pusat perlindungan, semalam.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, lelaki berusia 28 tahun itu pada awalnya ditahan JKM kerana mengutip derma tanpa kebenaran.

Menurutnya, lelaki sindrom down itu ditahan ketika berlegar-legar di Larkin Sentral, di sini, kelmarin, secara berseorangan dengan membawa sebuah kotak derma.

“Hasil siasatan awal daripada pengakuan lelaki itu, dia berasal daripada Baling, Kedah dan datang ke bandar raya ini tanpa ditemani sesiapa.

“Dia juga mengaku menulis sendiri kotak derma berkenaan yang tertera ‘Saya OKU mohon derma’.

"Dia sebelum itu telah ditahan pihak polis dan kemudiannya diserahkan kepada JKM untuk tindakan lanjut," katanya, semalam.

Manayi berkata, berdasarkan semakan, lelaki ini juga merupakan penerima bantuan JKM bagi OKU tidak bekerja sebanyak RM150 sebulan.

"Kita turut menghubungi JKM Kedah bagi mengesan keluarganya untuk dihantar pulang. Berdasarkan maklumat daripada JKM Kedah, lelaki berkenaan sering menjelajah dari satu lokasi ke tempat yang lain untuk meminta derma.

"Semasa ditahan, lelaki itu sudah mengumpul wang kirakira RM100 hasil sumbangan orang ramai," katanya.

Katanya, sebelum ini, dia dilaporkan telah ditemui di Kuala Lumpur dan Kluang, namun JKM Kedah telah mengambilnya dan diserahkan kepada keluarga.

“Berdasarkan maklumat, dia telah keluar rumah bersendirian dan bukannya dibawa mana-mana pihak.

“Ia diakui keluarga lelaki itu, bahawa dia sukar dikawal dan sering menghilangkan diri malah pandai untuk ke tempat yang jauh daripada kediamannya bersendirian sekali gus kita percaya dia bukan dikawal oleh sindiket,” katanya.

Beliau berkata, semasa merekodkan kenyataan daripadanya, lelaki terbabit kelihatan agak cerdik dan hyper aktif meskipun istimewa. "Kita masih sedang mengesannya," katanya

0 comments:

share2