Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 14, 2014

NAHAS BAS MINI, 30 MAUT

Kaherah - Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dalam kemalangan melibatkan tiga bas mini di wilayah Aswan, menurut pasukan penyelamat, semalam.

Jurucakap pegawai perubatan melaporkan kira-kira 15 penumpang turut cedera dalam nahas di laluan berhampiran Edfu, 930 kilometer di selatan Kaherah terbabit.

"Siasatan awal mendapati, insiden itu dipercayai berlaku kerana memandu terlalu laju," katanya dipetik AFP.

Bulan lalu, sekurang-kurangnya 31 terkorban manakala 41 lagi cedera dalam insiden kemalangan jalan raya dekat bandar peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

0 comments:

share2