Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 13, 2014

MARAN : 1.2 JUTA BANTU PENTERNAK KERUGIAN AKIBAT BANJIR


MARAN - Jabatan Veterinar Pahang memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta bagi membantu 379 penternak di negeri ini yang mengalami kerugian akibat banjir pada Disember tahun lepas.

Penternak yang kematian haiwan ternakan diberi bantuan RM700 untuk seekor kerbau, RM600 bagi lembu dan kambing, RM150.

Pengarahnya, Datuk Dr Muhammad Safaruddin Md Dawam berkata, setiap seorang penternak hanya boleh membuat tuntutan kerugian maksima sehingga 10 ekor ternakan.

Menurutnya, bantuan tersebut bertujuan meringankan beban penternak bagi menampung modal membeli ternakan baharu.

“Ada penternak yang tidak terlibat dengan banjir datang membuat tuntutan namun pihak veterinar tetap terima jika ada laporan polis dan pengesahan ketua kampung.

“Oleh sebab itu, penternak dinasihati berdaftar dengan jabatan agar tindakan segera dapat diambil sekiranya berlaku sebarang permasalahan termasuk ketika ternakan dijangkiti penyakit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bantuan ihsan kepada seramai 39 penternak yang terjejas akibat banjir 2013, di sini.

Majlis disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Sementara itu, Ismail menasihati agar penternak membayar zakat ternakan bagi memperoleh keberkatan ALLAH SWT.

Menurutnya, dalam haiwan ternakan yang dibela mempunyai hak orang lain iaitu bayaran zakat untuk dinikmati golongan miskin dan memerlukan.





0 comments:

share2