Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 13, 2014

WARGA ASING BIADAP KUTUK KERAJAAN


Anggota polis dapat meleraikan kekecohan selepas jumlah kehadiran orang awam mulai bertambah.

Georgetown - Kehadiran warga asing sebagai speaker untuk menggesa pemansuhan Akta Hasutan mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan Kumpulan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang hingga mencetuskan suasana tegang di Padang Kota Lama di sini, semalam.

Pada kejadian kira-kira jam 6.05 petang itu, suasana kecoh mula tercetus apabila warga asing yang mewakili sekumpulan 20 individu daripada Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) berucap memberikan sokongan dalam gerakan pemansuhan Akta Hasutan dan mengkritik kerajaan.

Saksi berkata, ucapan itu menaikkan kemarahan ahli kumpulan gabungan NGO Islam dan orang awam yang turut berada di lokasi sama.

"Apa kena mengena warga asing itu dengan Akta Hasutan di negara ini?. Mereka biadab kerana tidak menghormati kedaulatan negara. Saya sokong tindakan kumpulan itu kerana warga asing tidak sepatutnya mencampuri urusan dalaman negara ini ," katanya.

Difahamkan, kekecohan itu bermula dengan perang mulut hingga berlaku insiden tolak menolak antara kedua-dua kumpulan terbabit.

Bagaimanapun insiden itu terlerai selepas kehadiran anggota polis yang bertugas di kawasan terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima laporan dari mana-mana pihak berhubung kekecohan itu.

"Kami juga tidak menerima sebarang permohonan permit berkaitan perhimpunan terbabit," katanya ketika dihubungi.

0 comments:

share2