Kuantan - Bagi medekatkan lagi masyarakat dengan muzium, pihak Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang telah mengadakan program khas bersama media selama 2 hari 1 malam bermula petang semalam (17hb. Oktober.2014).
Seramai 40 peserta mengikuti program berkenaan yang terdiri dari media arus perdana dan pengamal media sosial dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang serta Perak.
Seramai 40 peserta mengikuti program berkenaan yang terdiri dari media arus perdana dan pengamal media sosial dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang serta Perak.
Program bermula dengan berkumpul di Artcube Gallery, Intermark, Kuala Lumpur. Mereka kemudiannya dibawa dengan bas ke Kuantan dan menginap di Hotel Shahzan Inn.
Media diraikan dengan jamuan makan malam oleh YB Dato' Mohd Sharkar Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang merangkap Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pahang serta Dato' Ahmad Farid Abd Jalal, di Muzium Seni Pahang.
Siang tadi (18hb Oktober 2014) Media dibawa ke Muzium Sultan Abu Bakar Pekan untuk mengikuti program Kolokium Islam Pahang 'Meraikan Ilmu'.
Media juga dibawa melawat galeri-galeri Muzium Sultan Abu Bakar, kemudiannya melawat Istana Abu Bakar dan Makam di sekitar Pekan sebelum dibawa melawat Komplek Budaya Pulau Keladi.
Sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur, rakan media dijamukan dengan murtabak Mengkasar di Peramu, Pekan.
Untuk melihat foto sekitar program lawatan berkenaan, sila klik (Di Sini).
0 comments:
Post a Comment