Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 19, 2014

BELIA DIGESA SUMBANG IDEA, BANGUN NEGARA BANGSA


Liow Tiong Lai


Klang - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa belia di negara ini agar menyumbang idea membina untuk membantu pembangunan negara bangsa.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa terbuka terhadap kritikan membina daripada generasi muda yang merupakan pemimpin masa depan.

"Sebagai seorang Menteri Kabinet dan Presiden MCA, saya akan memastikan idea yang dikemukakan oleh anak-anak muda diketengahkan kepada kerajaan demi kebaikan negara.

"Saya mahu semua belia memberikan idea-idea yang membina atau kritikan yang akan membawa negara ke hadapan," katanya ketika berucap pada Konvensyen tahunan Kebangsaan Junior Chamber International (JCI) Malaysia di sini, malam tadi.

Tiong Lai, yang juga Menteri Pengangkutan, menggesa belia untuk memanfaatkan insentif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2015 untuk mengembangkan perniagaan mereka di bawah perusahaan kecil dan sederhana.

Dalam perkembangan lain, Tiong Lai menegaskan program transformasi dan dasar kerajaan adalah inklusif dan memberikan manfaat kepada semua kaum di negara ini sambil menambah, adalah penting bagi Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

0 comments:

share2