
Anwar makan kacang memerhatikan pencacai guling-guling
Seperti biasa dan sememangnya PKR ditubuhkan bagi tujuan membela Anwar Ibrahim. Kini kita akan melihat drama ini sekali lagi.
Perbicaraan kes liwat Anwar pada 28hb Oktober ini nanti akan menyaksikan drama menarik bagaimana pencacai PKR dan Pas yang dibayar untuk memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim akan menunjukkan taat setia dan taksubnya bahkan mungkin ada yang akan berbaring-baring ditengah jalan yang tujuannya semata-mata untuk mendesak pihak kehakiman memutuskan bahawa Anwar tidak bersalah dan mesti dibebaskan.
Di Kuantan beberapa buah bas sudah disediakan untuk membawa pencacai-pencacai dan maklumat mengenainya sudah disebarkan termasuk melalui group-group whatsapp.
Berikut adalah masej dari sebuah group whatsapp:
Perbicaraan Ketua Umum KeADILan Pada 28-29 Okt 2014 Di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.
Pejabat ADUN semambu menyediakan pengangkutan pergi Dan balik.
KTN - Putrajaya : 28 Okt 14 jam 11.45pm
Putrajaya Kuantan: 29 Okt 14 jam 2ptg..
Hubungi:
0109272216 (Alex)
017-9573855 (Hatta)
014-2946989 (Rafar)
Warga Kuantan tertanya-tanya, sejak bila pula pejabat Adun Semambu dibuka kerana selalunya pejabat berkenaan ditutup sehingga menimbulkan kesukaran kepada rakyat untuk membuat sebarang pengaduan.
Dilaman-laman media sosial sudah terlihat perubahan yang jelas bahawa rakyat terutama golongan muda sudah semakin bosan dengan mainan politik Anwar Ibrahim. Kerana itu banyak komen-komen sama ada di facebook atau blog dan tweeter yang menyatakan bahawa mereka sudah bosan dengan Anwar Ibrahim dan sangat berharap supaya beliau dihukum atas kesalahannya meliwat. (Baca Sini)
Terima kasih kami kepada Mantex, Angah, Hisham, Taza@kati serta braveheart yang selalu memberi maklumat dari apa yang berlaku dalam group whatsapp 'Debat 'Pahang'.
Kepada Jamil (Pak Tongkol), Carl Leeds (Carlsberg), Kamarazaman, Rafar serta lain-lain yang menyokong perjuangan yang sia-sia itu diharap agar berfikir semula dengan lebih bijak. Jangan lagi jadi alat dan diperalatkan. Jika sekali namanya silap tetapi jika dah berkali-kali, bodohlah namanya.

0 comments:
Post a Comment