Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 12, 2014

KETUA AJARAN SESSAT DIHUKUM MATI MEMBUNUH KEAM DI RESTORAN Mc D


Ketua ajaran sesat China dihukum mati atas pembunuhan kejam di restoran McDonald



KUALA LUMPUR: Sebuah mahkamah di China menjatuhkan hukuman mati ke atas dua anggota kumpulan agama ajaran sesat kerana memukul seorang wanita sehingga mati di sebuah restoran makanan segera, McDonald di Shandong, China.

Perbuatan dua anggota tersebut dilaporkan dibuat selepas wanita berkenaan dikatakan enggan menyertai kumpulan tersebut.

Menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan secara online oleh Mahkamah Perantaraan Rakyat Yantai di Shandong, tertuduh Zhang Fan dan Zhang Lidong telah didapati bersalah kerana membunuh dengan sengaja dan ‘menggunakan kumpulan ajaran sesat untuk melaksanakan pembunuhan kejam dan melanggar undang-undang’.

Setakat ini, tiada maklumat sama ada tertuduh akan merayu hukuman tersebut.

Sementara itu, defendan ketiga, Lu Yingchun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup manakala dua yang lain iaitu Hang Zhang dan Zhang Qiao masing-masing dijatuhi hukuman 10 dan tujuh tahun.

Mahkamah berkata, kelima-lima pesalah tersebut yang merupakan anggota ajaran sesat agama Kristian yang digelar Quannengshen telah menyerang wanita dari keluarga Wu, pada Mei selepas dia enggan memberi nombor telefonnya kepada ahli kumpulan tersebut.

Quannengshen yang membawa maksud ‘Gereja Tuhan Maha Esa’ percaya bahawa Jesus telah dijelmakan semula sebagai seorang wanita Cina dan menganggap Parti Komunis sebagai "Naga merah yang hebat".

Kumpulan Quannengshen telah diharamkan oleh kerajaanChina pada pertengahan tahun 1990-an.

Tidak lama selepas kejadian pada Mei itu, satu video telah tersebar secara online yang menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai Zhang Lidong yang kelihatan marah sambil menjerit "Celaka kamu, syaitan! Pergi ke neraka!", kemudian seorang wanita muncul dan menjerit "Bunuh dia! Pukul dia sampai mati!"

Rakaman selama tiga minit yang diambil melalui sebuah telefon pintar itu hanya menunjukkan sedikit apa yang telah terjadi kepada mangsa.

Namun saksi yang berada di tempat kejadian kelihatan berlari ke luar restoran dan dapat mendengar yang jeritan mangsa dari dalam restoran.

Zhang Lidong menggunakan mop untuk memukul kepala Wu dan defendan lain menendang badannya ke lantai restoran.

Terdahulu pada Jun, Zhang Lidong telah diarak secara langsung di kaca televisyen selepas mengaku melakukan jenayah tesebut.




0 comments:

share2