Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 12, 2014

BAJET 2015 MAMPU RAIH SOKONGAN BELIA

Dr Shamsul Adabi Mamat



Shah Alam – BN hanya akan mampu meraih sokongan pengundi muda sekiranya pelaksanaan Bajet 2015 benar-benar berjaya menyelesaikan masalah golongan itu.

Pensyarah Kanan Program Sains Politik Pusat Pengajian Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, secara keseluruhan, kesemua strategi berkaitan golongan muda kali ini dilihat lebih kepada pendekatan rasional.


Beliau berkata, bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menilai sama ada bajet yang dibentangkan boleh mempengaruhi undi golongan muda kepada BN pada PRU akan datang.

“Kita masih ada tiga tahun setengah menjelang PRU akan datang. Jika pelaksanaan pelan ini mampu direalisasikan sepanjang 2015 dan jelas mampu membantu golongan muda, tidak mustahil akan beri impak positif kepada pengundi muda, sekali gus meningkatkan prestasi BN,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, penilaian itu hanya boleh dinilai selepas dua tahun.

Sementara itu, ketika mengulas berhubung Skim Perumahan Belia yang menawarkan pemilikan rumah pertama bernilai tidak melebihi RM500,000 kepada belia berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun serta berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000, Samsul Adabi
berkata, pendekatan kerajaan itu dilihat sebagai pendekatan eksperimental.

Menurutnya, walaupun peluang itu ditawarkan untuk 20,000 unit rumah sahaja, golongan muda perlu melihat perkara itu secara positif.

“Langkah itu lebih kepada uji kaji untuk melihat maklum balas sama ada ia memberi kebaikan kepada golongan muda atau tidak.

“Jika jumlah rumah ditawar terlalu banyak, mungkin kerajaan bimbang berlaku manipulasi sehingga menyebabkan tidak semua golongan sasar (belia) memperoleh peluang tersebut,” katanya.






0 comments:

share2