Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 22, 2014

DUA FLAT TERJEJAS AKOBAT RIBUT


Klang - Flat PKNS dan Flat Pendamaran Permai antara kawasan perumahan yang terjejas selepas ribut kencang melanda kawasan Pandamaran,di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, kejadian kira-kira jam 2 petang menyebabkan beberapa buah unit rumah di flat berkenaan mengalami kerosakan teruk.

Menurutnya, tinjauan mendapati kawasan di Kunci Air, Jalan Banting Pandamaran terjejas dan terdapat banyak pokok tumbang selain bumbung premis dan rumah diterbangkan angin.

“Beberapa buah bot yang berada di jeti berhampiran turut tenggelam. Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dan tidak melibatkan sebarang perpindahan,” katanya.

Menurutnya, kejadian ribut itu juga menyebabkan punca bekalan elektrik terputus dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah dimaklumkan. Setakat ini, tiga laporan polis diterima.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya peka dengan keadaan cuaca selain lebih berhati-hati terutamanya ketika memandu bagi mengelakkan kemalangan berikutan keadaan permukaan jalan licin.

“Manakala, mereka ingin turun ke laut (nelayan) perlu dapatkan maklumat dari jabatan meteorologi tentang keadaan cuaca bagi elak sebarang insiden tidak diingini,” katanya.

0 comments:

share2