Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 28, 2014

BUMBUNG SEKOLAH TERBANG DIBADAI RIBUT


Keadaan bumbung sekolah yang dilanda ribut hari ini.


Batu Pahat - Guru besar dan kerani di Sekolah Kebangsaan Seri Jasa, Kampung Batu Putih Simpang Lima, Batu Pahat, Johor bernasib baik apabila ribut yang melanda di sekolah tersebut tidak ‘menyerang’ mereka.

Kejadian kira-kira jam 2.55 petang tadi, menyaksikan angin kencang berserta hujan lebat berlaku selama setengah jam menyebabkan terjadinya ribut kecil .

“Ketika kejadian guru besar dan kerani ada di dalam pejabat tetapi di ruangan lain.

“Air mencurah-curah masuk ke kawasan pejabat guru besar, mujur tiada siapa dalam pejabat itu,” kata jurucakap sekolah terbabit.

Dalam kejadian tersebut tiada kecederaan dilaporkan, setakat ini nilai kerosakan belum ditaksirkan.

0 comments:

share2