Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 28, 2014

AUSTRALIA BERDEPAN PERUBAHAN CUACA EKSTREM


Sekurang-kurangnya 37,000 penduduk di New South Wales dan Victoria terpaksa bergelap kerana angin kencang menumbangkan pokok dan kabel-kabel elektrik.


CANBERRA - AUSTRALIA. Angin sejuk telah membawa perubahan dramatik kepada suhu dan ribut petir.

Di Port Lincoln, Australia Selatan, suhu jatuh mengejut sehingga lima darjah Celsius, daripada 32 darjah Celsius kepada 27 darjah Celsius, diiringi ribut petir pada Ahad lalu.

Ribut tersebut dianggarkan menjana sehingga 80 000 serangan kilat dalam masa 24 jam, sehingga mencetuskan kebakaran padang dan gangguan bekalan kuasa.

Cuaca buruk tersebut kebanyakan melanda di bahagian utara Australia Selatan, dengan hujan lebat di bahagian pesisir pantai.

Angin itu kemudian dikesan ke arah timur melalui Victoria ke New South Wales yang membawa kerosakan di wilayah itu.

Difahamkan sekurang-kurangnya 37,000 penduduk terpaksa bergelap kerana angin kuat menumbangkan pokok dan kabel-kabel elektrik. Selain berlaku kebakaran rumah di Melbourne akibat disambar petir.

Gangguan elektrik disebabkan rebut ini juga telah menyebabkan kesesakan jalan raya akibat lampu isyarat gagal berfungsi. Malah, pengguna komuter juga terpaksa menunda perjalanan mereka.

Sementara itu, Queensland berdepan dengan cuaca terik. Beberapa Bandar dilaporkan mencatat suhu tinggi, bagaimanapun di selatan Queensland dilaporkan berlaku ribut petir.

Angin kencang ini dilihat menurunkan suhu di wilayah tersebut, namun mengakibatkan 12,000 kediaman terputus bekalan kuasa.

Dipercayai untuk beberapa hari akan datang, cuaca dijangka baik di Australia Selatan dan Victoria. Manakala Queensland akan kekal berhadapan suhu ekstrem.





0 comments:

share2