Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 27, 2014

TEMERLOH : PERLUMBAAN 'MOUNTAIN BIKE' MERIAHKAN TEMERLOH





Temerloh - Seramai 1,300 peserta 'Harian Metro Mountain Bike Grand Prix' telah beradu kayuhan di trek di sekitar Temerloh pagi tadi.

YB Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang hadir dimajlis pelepasan dan penyampaian hadiah bertempat di Stadium Mini Temerloh.

'Harian Metro Mountain Bike Grand Prix' menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM215,000.00. Peserta-peserta terdiri dari 'bikers' bukan saja dari semenanjung bahkan dari Sabah dan Serawak juga turut menyertai pertandingan ini.

Selain itu terdapat juga beberapa peserta (bukan pro) dari Eropah dan Amerika Syarikat  menyertai pertandingan ini kali ini.

Beberapa acara khusus untuk kanak-kanak juga disediakan disamping terdapat beberapa gerai jualan serta maklumat pelancongan disediakan pihak penganjur.








0 comments:

share2