Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 12, 2014

SOALAN UPSR BOCOR BERMOTIF POLITIK?


Oleh Nur Azlina Shaari

Secara tiba-tiba tumpuan masyarakat telah beralih dari isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang belum selesai kepada isu kebocoran soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Semalam, tersebar bahawa kertas ujian UPSR bagi mata pelajaran Sains telah bocor dan menyebabkan ujian bagi kertas tersebut ditunda. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada calon-calon UPSR dan ibu bapa.

Ketika itu ramai yang tidak memberi perhatian sangat kerana para pelajar belum menduduki kertas tersebut. Justeru penangguhan sehingga 30 September ini tidak memberi sebarang isu besar.

Tapi hari ini muncul pula berita kebocoran kertas bahasa Inggeris yang telah diduduki. Para pelajar terpaksa menduduki semula kertas ini.

Kebocoran kertas peperiksaan UPSR ini sememangnya menjadi isu besar memandangkan telah menyebabkan jadual para pelajar tahun 6 ini tergendala. Apatah lagi hari ini kita dikejutkan lagi dengn berita kertas peperiksaan Bahasa Inggeris I dan II juga turut bocor. Untuk itu, para pelajar sekali lagi terpaksa mengulangi menjawab kertas peperiksaan subjek ini.

Tidak dinafikan ibu bapa calon-calon juga turut kecewa kerana mereka sendiri mengetahui sejauh mana usaha dan tenaga yang telah anak-anak mereka lakukan sebelum menduduki peperiksaan.

Namun, yang menarik kesungguhhan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membuat kenyataan akhbar dan membuat tuduhan Kementerian Pelajaran tidak bersedia dengan isu kebocoran ini.

Beliau mendakwa kerajaan tidak menjalankan operasi menguruskan peperiksaan UPSR dengan baik adalah tuduhan melulu tanpa menggunakan pemikiran yang rasional. Ini adalah fitnah dan tidak benar sama sekali kerana Kementerian telah pun mempunyai prosedur apabial berlaku kebocoran seperti ini.

Sebab itu kita lihat Kementerian tidak cemas atau mendiamkan diri seolah-olah tidak tahu hendak buat apa. Sebaliknya dengan pantas diumumkan tindakan-tindakan yang akan dibuat termasuk menentapkan tarikh peperiksaan semula bagi kertas-kertas tersebut.

Cadangan Nurul Izzah mengenai kertas soalan simpanan juga sangat melucukan kerana Lembaga Peperiksaan sememangnya telah mempunyai kertas soalan alternatif bagi semua kertas peperiksaaan. Jika tidak, mana mungkin peperiksaan semula dapat dibuat pada 30 September ini. Proses membuat soalan peperiksaan perlu melalui banyak peringkat bukannya seperti membuat kenyataan akhbar.

Kepada Nurul Izzah, usahlah politikkan isu pendidikan apatah lagi isu kebocoran kertas soalan peperikaan UPSR ini. Kebenarannya, kerajaan sentiasa peka dan merangka setiap perancangan dengan baik untuk kejayaan anak bangsa di negara ini. Cumanya, ia telah dirosakkan oleh pihak-pihak yang langsung tidak mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi.

Dengan kesungguhan Nurul Izzah mahu menjadikan isu kebocoran ini sebagai agenda beliau, kita tertanya-tanya apakah kebocoran soalan UPSR ini merupakan agenda pihak tertentu mengalihkan tekanan dan perhatian umum kepada krisis kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor?

Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tidak menolak kemungkinan ini merupakan satu sabotaj terhadap kerajaan.

Jika ditangkap pembocor kertas soalan ini, kerajaan perlu menyiasat apakah latar belakang ideologi politiknya. Apakah tindakan ini bermotifkan wang dan juga kepentingan politik musuh kerajaan Persekutuan.





0 comments:

share2