Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 7, 2014

PKR MARAH HJ HADI KATA WAN AZIZAH TAK LAYAK JADI MB



Ketua Penerangan Wanita PKR, Azura Aziz berkata, Hadi Awang telah mengkhianati dan mendurhakai kepercayaan Pakatan Rakyat kerana keputusan flip-flopnya dalam isu Menteri Besar Selangor. Menurutnya lagi, Presiden PAS itu benar-benar mengecewakan PKR apabila turut menghasut ahli-ahli parti dan memperkecil-kecilkan usaha PKR untuk menggulingkan Khalid Ibrahim.

Kepercayaan telah dikhianati, kata Azura. Seorang pemimpin menurutnya, perlu patuh kepada kata-katanya sendiri agar orang di bawah lebih menghormatinya. Namun Hadi Awang gagal berbuat demikian.

PKR jelas terkejut dengan tindakan last minute PAS membuat U-Turn dan kemudian cuba menghalalkan tindakannya dengan memberikan pelbagai alasan.

“Mana integritinya sebagai Presiden parti politik yang berasakan Islam?” tanya Azura.

Sebelum itu, pada Khamis lalu, Hadi di hadapan ahli-ahli PAS menerangkan, keputusan PAS untuk menolak Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor bukanlah berdasarkan jantinanya tetapi berdasarkan keupayaannya sebagai seorang pemimpin.

Menurut Hadi, Wan Azizah tidak layak menjadi Menteri Besar kerana Wan Azizah tidak mempunyai keupayaan untuk memperbahaskan persoalan-persoalan di Parlimen mahupun di DUN Selangor, sepertimana yang telah berlaku sebelum ini.

Azura kemudiannya menuduh Hadi Awang bersikap chauvinist kerana menyatakan kebenaran tentang Presiden PKR yang tidak layak sebagai Menteri Besar Selangor.

“Siapa dia untuk mengatakan Datuk Seri Dr. Wan Azizah tidak berkeupayaan?” tanya Azura dalam satu kenyataan media, semalam.

“Hadi tidak sahaja mengkhianati kepercayaan sekutu Pakatan Rakyatnya, tetapi dia juga cuba memberikan alasan untuk membenarkan tindakan menamakan tiga orang ADUN dari PAS berbanding apa yang telah dipersetujui sewaktu mesyuarat Pakatan Rakyat. Pendirian tidak tetap PAS ini tidak boleh diterima lagi. Ini tidak selari dengan semangat rakan perkongsian.”

Menurut Azura lagi, PAS seharusnya mengisytiharkan diri keluar dari Pakatan Rakyat memandangkan PAS sudah tidak dapat bersama-sama dengan keputusan-keputusan Pakatan Rakyat.
Pada Jumaat lalu, Hadi Awang menegaskan, PAS masih merupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat dan menambah sesiapa yang mahu mewujudkan parti baru, dipersilakan.



0 comments:

share2