Kota Kinabalu - Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun hampir dilarikan oleh teman lelakinya dari sebuah sekolah menengah di Likas, di sini, semalam.
Dalam kejadian pada 6 pagi itu, lelaki berusia 22 tahun tersebut menarik mangsa ke dalam kenderaan miliknya jenis Perodua Myvi dan membawa mangsa ke Taman Jaya Likas yang terletak kira-kira 100 meter dari sekolah itu.
Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner M. Chandra berkata mangsa yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 10 pagi tadi, mendakwa lelaki itu menampar dan menumbuknya.
"Siasatan lanjut mendapati pengadu dan suspek adalah pasangan kekasih sejak setahun lalu dan berkenalan melalui media sosial.
"Motif suspek berjumpa pengadu kerana suspek tidak berpuas hati pengadu mahu berpisah dengan suspek," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Susulan itu, katanya, polis menahan suspek yang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu dan pihaknya merampas Perodua Myvi miliknya dan jaket warna merah milik mangsa sebagai bahan bukti.
0 comments:
Post a Comment