Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 2, 2014

MAUT DIPUKUL RAKAN


Bachok - Seorang lelaki warga Myanmar maut dipercayai dibunuh rakan senegara di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan di Kampung Beoh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bachok DSP Abdul Hamid Che Mat berkata mangsa yang berusia 21 tahun itu dipercayai dipukul beberapa kali di bahagian kepala oleh dua rakannya.

"Maklumat diterima pada pukul 1 tengah hari dan polis terus dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa serta dua suspek bekerja sebagai buruh binaan dan sedang menyiapkan kerja di rumah berkenaan sejak awal tahun ini," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa maut akibat dipukul dengan objek keras di bahagian kepala dan mengalami pendarahan teruk.

"Gerakan memburu kedua-dua suspek sedang dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya.

Abdul Hamid berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Baharu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, pemilik rumah berkenaan Zaimah Ab Rasid, 43, berkata kali terakhir beliau berjumpa mangsa ialah ketika mangsa datang ke rumahnya semalam.

"Dia memang baik dan sebelum ini, dia pernah mengadu dua rakannya itu tidak puas hati dengannya. 

"Saya tidak sangka dia akan diperlakukan sebegitu rupa sebab dia rapat dengan anak saya serta orang kampung, dan dia beragama Islam," katanya.

0 comments:

share2