Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 9, 2014

LAPORAN AWAL NAHAS MH17 DIDEDAHKAN


Kuala Lumpur - Laporan awal nahas MH17 pada Julai lepas menunjukkan bahawa pesawat itu berkecai di udara akibat kerosakan struktur selepas terkena sebilangan besar objek bertenaga tinggi yang menembusi pesawat daripada luar.

Laporan 34 muka surat yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda hari ini menyatakan bahawa tiada petunjuk bahawa nahas MH17 di timur Ukraine itu, yang mengorbankan kesemua 298 orang dalam pesawat, disebabkan kesilapan teknikal atau tindakan anak kapal.

Ia berkata, corak kerosakan yang dikesan pada fiuslaj depan dan bahagian kokpit pesawat tidak konsisten dengan kerosakan yang dijangkakan apabila mode, enjin atau sistem pesawat gagal berfungsi.

"Hakikat bahawa banyak kepingan struktur pesawat bertaburan di kawasan yang luas menunjukkan bahawa pesawat berkecai di udara," kata lembaga itu dalam laporan itu.

Laporan itu mengandungi maklumat awal siasatan terhadap nahas membabitkan pesawat Boeing B777-200 yang didaftarkan sebagai 9M-MRD yang melakukan Penerbangan MH17 dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 17 Julai.

0 comments:

share2