Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 19, 2014

TEMERLOH - MENGAKU BERSALAH ROGOL ANAK TIRI


Tertuduh dibawa keluar dari perkarangan mahkamah sebaik hukuman dijatuhkan ke atasnya semalam.

Temerloh – Seorang lelaki berketurunan Orang Asli dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam selepas tertuduh mengaku salah merogol anak tirinya berusia 13 tahun hingga melahirkan bayi.

Hakim Jamaludin Mat menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Muhamad Sani 37, selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak tirinya itu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Paya Sendayan, di sini dua tahun lalu.

Mangsa yang ketika itu berumur 13 tahun melahirkan bayi perempuan pada 11 Februari 2013 jam 3.40 petang di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini.

Bapa kandung mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan meminta siasatan dilakukan ke atas bapa tiri mangsa kerana sewaktu kejadian mangsa tinggal bersama ibu kandung dan bapa tirinya.

Dalam laporan kimia yang diperoleh mendapati tertuduh adalah bapa kepada kandungan yang dilahirkan mangsa dan seterusnya tangkapan ke atasnya dibuat pada 17 Ogos lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwaraya Nik Rabiatul Adawiah Saupi.

0 comments:

share2