Bukit Mertajam - Polis Pulau Pinang mengenal pasti kumpulan yang terlibat dalam kejadian seorang ahli perniagaan diserang sekumpulan lelaki manakala rakan wanitanya diculik dan dirogol ketika sedang berehat di hentian Jambatan Pulau Pinang, di sini Ahad lepas.
Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kumpulan terdiri daripada empat lelaki itu memang aktif menjalankan kegiatan samun di negeri ini dan Kuala Lumpur.
"Berdasarkan maklumat yang kita peroleh mereka memang aktif menyamun mangsa terutama ketika awal pagi dan rekod juga menunjukkan kumpulan itu turut terlibat dengan beberapa kes di Kuala Lumpur.
"Usaha memburu mereka giat dijalankan dan kami turut meminta bantuan kontinjen Polis Kuala Lumpur untuk mengesan anggota kumpulan berkenaan kerana mereka juga mempunyai maklumat (kumpulan berkenaan)," katanya kepada pemberita selepas Program Konvoi Kembara Sejahtera Polis Diraja Malaysia Pulau Pinang, di sini hari ini.
Dalam kejadian Ahad lepas, seorang ahli perniagaan diserang sekumpulan empat lelaki manakala rakan wanitanya diculik dan dirogol ketika sedang berehat di hentian Jambatan Pulau Pinang.
0 comments:
Post a Comment