Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 27, 2014

PIALA MALAYSIA: KELANTAN CIPTA AIB, PAHANG TEBUS KEKALAHAN


Pemain Pahang, Azammuddin Akil (jersi putih) diasak pemain pertahanan Felda United pada perlawanan Piala Malaysia 2014 diantara Felda United menentang Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, hari ini. - Foto Bernama

Kuala Lumpur: Harapan naib juara musim lalu, Kelantan untuk melakar kemenangan di laman sendiri, di Stadium Sultan Mohammad IV dalam aksi Piala Malaysia semalam hanya tinggal harapan.

Kelantan tumbang 2-1 kepada ATM di depan ribuan penyokong sendiri, lebih malang selepas bermula baik dengan mendahului berakhir separuh masa pertama menerusi penyerang import, Francis Forkey Doe, dua minit sebelum babak pertama tamat.

Ia kekalahan kedua Kelantan pada kempen Piala Malaysia musim ini yang diundi dalam Kumpulan A selepas turut tewas pada perlawanan pembukaan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT).

Kelemahan jentera pertahanan skuad bimbingan George Boateng ini terus menjadi persoalan malah percaturannya pada babak kedua ketika ATM rancak menyerang turut dipertikai.

Apa tidaknya, rentetan cubaan berjaya dihasilkan ATM yang akhirnya membuahkan hasil menerusi Juan Manuel Arostegui pada minit ke-77 sebelum kapten, Hairuddin Omar melengkapkan gol kemenangan pada minit ke-86.

Keputusan itu sekalipun masih belum menyingkirkan juara dua kali itu pada kempen kali ini, namun ia memberi kesukaran lebih-lebih lagi selepas JDT mencatat kemenangan besar 5-0 menewaskan Pulau Pinang.

Selepas mencatat kemenangan 3-1 pada timbal balik pertama di tempat lawan, JDT jelas lebih garang di laman sendiri menerusi jaringan Jorge Pereyra Diaz (m3), Luciano Figueroa (m28/54) Amri Yahyah (m39) dan Hariss Harun (m83) melengkap kemenangan bergaya.

Kemenangan meletakkan JDT selaku pendahulu Kumpulan C selepas mengumpul 10 mata diikuti Kelantan (6mata) dan ATM (5mata) dengan Pulau Pinang yang mengumpul 1 mata hampir tersingkir.

Dalam aksi Kumpulan A, Pahang membuktikan status selaku selaku penyandang juara selepas menewaskan FELDA United 2-0 di laman sendiri - sekali gus membalas dendam kekalahan di Darul Makmur, Sabtu lalu.

Pahang yang dikendali Zainal Abidin Hassan bangkit selepas kekalahan 3-2 kepada FELDA United FC di Kuantan dengan kemenangan menyaksikan mereka kembali merampas tangga teratas Kumpulan A.

Gol Pahang dijaringkan R Gopinathan dan Dickson Nwakaeme pada babak kedua dengan penjaga gantina, Nasril Nourdin yang diturunkan untuk mengawal gawang Pahang menggantikan penjaga gol utama, Khairul Azhan Khalid yang cedera beraksi cukup cemerlang.

Dalam pada itu, harapan JDT II untuk mara lebih jauh dalam kempen Piala Malaysia kembali bernyawa selepas mencatat keputusan seri 2-2 menentang Lions XII.

Sumber

0 comments:

share2