Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 31, 2014

PADAH JIKA PAS KELUAR PR


Muhammad bercakap pada sidang media

Shah Alam – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyifatkan kemenangan Pas di seluruh negara bergantung pada undi daripada pengundi Cina.

Menurutnya, Pas bakal kalah apabila pengundi Cina menarik sokongan sekiranya parti itu bertindak keluar PR.

“Saya lihat banyak kawasan-kawasan di seluruh negara ini yang kemenangan Pas itu bergantung kepada undi (kaum) Cina.

“Sekiranya pengundi Cina tarik undi, saya ingat ramai ahli Parlimen Pas yang akan kalah,” katanya ketika menjadi panel pada Wacana Kemerdekaan Malaysia : Satu Penilaian Semula dari Perspektif Melayu/Islam, di Unisel semalam.

Tegasnya, kemenangan yang dicapai pada pilihan raya lalu bukan alasan untuk mengubah strategi atau mendabik dada untuk berdiri sendiri.

“Jangan bila kita dah menang ini, kita boleh berdiri dan ubah strategi. Akhirnya kita akan termakan dengan mainan politik Umno. Sebenarnya esok kita yang kalah. Umno sekarang dalam keadaan yang lemah.

“Saya rasa elok Pas terus dalam PR. Umno biar dia dengan MCA, MIC, Gerakan. Kalau ada satu usaha atau pandangan bahawa Umno dan Pas boleh mentadbir (negara)...itu hanya sementara. Kalau BN dapat kuasa balik contohnya di Selangor, dia akan menguis Pas keluar kembali,” katanya.

0 comments:

share2