Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 5, 2014

MENENTANG UMNO, PERJUANGAN ISLAM APAKAH INI?


Kebelakangan ini sudah terdengar suara-suara didalam Pas sendiri yang tidak berpuashati terhadap halatuju parti. Golongan ini menyuarakan hasrat mereka dan berharap agar kepimpinan parti tidak lagi bersama didalam pakatan yang dirasakan tidak menghargai parti dan perjuangan mereka.

Kemanakah hilangan perjuangan parti yang konon memperjuangkan Islam bila menegakkan negara Islam sudah tidak lagi jadi keutamaan parti? Perjuangan menegakkan negara Islam yang selama ini dimomokkan sudah diganti dengan memperjuangkan negara berkebajikan. Jika demikianlah perjuangan Pas, maka apa bezanya dengan apa yang UMNO perjuangkan selama ini?

Mungkin mereka berpendapat bahawa kerana ingin menjaga hari rakan DAP nya, Pas terpaksa menukar arah perjuangan. Atau juga mungkin kerana tidak berani  atau takut kehilangan kedudukan mereka maka pemimpin Pas terpaksa akur kepada gertakkan Karpal Singh yang dengan keras menyatakan "langkah mayatnya dulu" sebelum negara Islam ingin diujudkan.

Golongan muda dan professional didalam Pas kini melihat bahawa pemimpin Pas hanya ingin menjaga kepentingan peribadi mereka sendiri sahaja, justeru jika masih berpegang teguh kepada perjuangan asal maka mereka kemungkinan akan hilang kuasa.

Bersama dengan DAP 'kafir harbi' mereka hanya ibarah budak suruhan yang boleh diugut, diherdik dan digertak bila-bula masa, justeru kenapa tidak berkerjasama dengan UMNO didalam BN dimana mereka lebih dihargai?

UMNO meskipun tidak mewar-warkan perjuangan Islamnya selama ini, namun sebagai 'abang besar' didalam BN, UMNO tetap memperjuangkan Islam. Bahkan pembangunan Islam masih tetap diutamakan dengan memastikan agama Islam tetap berkembang pesat. Masjid-masjid dan surau-surau banyak dibina diserata pelusuk negara. Kerajaan sentiasa memberikan peruntukan dan sokongan terhadap pembangunan Islam selaras dengan perlembagaan persekutuan bahawa Islam adalah agama resmi.

Pemimpin Pas sudah semakin terhimpit dengan dodak-dalik yang mereka ciptakan sendiri selama ini dan ini membuatkan golongan muda dan professional mereka sudah merasa kecewa dengan kepimpinan yang ada. 

Terbaharu, masej dari whatsapp Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mendedahkan hasrat sama beredar dipengetahuan umum, bimbang dengan kesan kepada perpecahan Pas dari Pakatan, DAP cepat-cepat mengeluarkan ugutan yang akhirnya membuatkan pemimpin Pas semuanya kelu lidah dan sudah tidak berani bersuara.

Kenapakah Pas begitu lantang dengan UMNO yang sesama perjuangkan Islam dan kecut dengan DAP yang sudah nyata kafir harbi? Apa rahsia disebaliknya? Memusuhi UMNO yang sah dan nyata sesama Islam dan bersahabat serta menurut kata DAP yang sah dan nyata kafir yang bencikan Islam ... perjuangan apakah ini?

~ Editor



0 comments:

share2