Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 27, 2014

BENTONG: KERAJAAN PERLU BERTEGAS TERHADAP PENGKHIANAT NEGARA


BENTONG - Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap golongan pengkhianat yang cuba menghancurkan kemerdekaan dan keamanan negara demi perpaduan rakyat dan kedaulatan tanah air tercinta ini.

Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Haji Ad­nan bin Haji Yaakob berkata, golong­an ber­kenaan kini dilihat aktif bergerak menerusi media baharu dengan melemparkan pelbagai fitnah dan propaganda bertujuan mengelirukan rakyat.

"Hanya menerusi perpadu­an kaum rakyat dapat memelihara kekuatan dan bersiap sedia menghadapi apa juga ancaman daripada pengkhianat bangsa yang cuba meruntuhkan kemerdekaan negara yang sekian lama kita kecapi.

"Melalui perpaduan erat serta nilai patriotisme yang tinggi dalam kalangan rakyat khusus­nya generasi muda, kita mampu bertahan dalam apa juga ancaman yang cuba mengugat keamanan negara," katanya.

Beliau berkata demikian keti­ka melancarkan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 dan Kempen Jalur Gemilang peringkat negeri di Felda Lurah Bilut, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Dato' Mohd. Johari Hussain; Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Dato' Shahiruddin Ab. Moin dan Pe­ngarah Penerangan negeri, Mohd. Sabri Abdullah.

Adnan berkata, keamanan dan kedaulatan negara perlu dipupuk dan dipelihara bagi membolehkan generasi muda mewarisi pemerintahan negara pada masa akan datang.

Beliau dalam pada itu berkata, amalan mengibarkan Jalur Gemilang mempunyai signifikan tersendiri kerana bendera kebangsaan melambangkan se­mangat patriotik, perpaduan dan semangat cintakan negara.

"Mengibarkan bendera kebangsaan wajar dilihat sebagai aktiviti penting di bulan kemerdekaan bagi menunjukkan taat setia kita kepada negara.

"Amalan ini juga sebagai tanda kebanggaan kita kepada negara tercinta ini dan dapat menyemai kecintaan dan penghormatan terhadap bendera kebangsaan yang menjadi ciri penting dalam pembinaan negara," katanya.

0 comments:

share2