Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 21, 2014

ROMPIN : JUAL MERCUN DIPASAR MINGGU

Sebahagian mercun yang dirampas dari dua individu yang ditahan ketika menjual mercun di Pasar Minggu Muadzam Shah.


ROMPIN – Pelbagai jenis mercun berjaya dirampas dalam Ops Pintu dan Ops Kesan yang dijual secara terbuka oleh dua individu di dua lokasi berlainan di Pasar Minggu Muadzam Shah, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya, berkata, operasi yang melibatkan seorang pegawai dan enam anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Rompin itu menahan dua lelaki berketurunan Melayu masing-masing berumur 24 serta 45 tahun.

“Ops Pintu dan Ops Kesan yang diadakan di Pasar Minggu Muadzam Shah pada petang kelmarin menahan dua lelaki penduduk tempatan yang menjual pelbagai jenis mercun secara terbuka di dua gerai yang berlainan.

“Premis kedua suspek diserbu dan kesemua mercun yang dijual telah dirampas. Hasil siasatan awal mendapati mereka berniaga tanpa permit dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, dalam operasi yang sama, seorang suspek turut ditahan atas kesalahan menjual vcd cetak rompak yang dijual di pasar minggu terbabit.

“Suspek merupakan lelaki berumur awal 30-an dan siasatan awal mendapati suspek merupakan penduduk Kuantan yang datang berniaga di sini.

“Sejumlah 46 keping vcd tanpa perakuan sijil B telah dirampas yang melibatkan filem dari dalam dan luar negara. Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Percetakan Filem 2002,” katanya.



0 comments:

share2