Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 20, 2014

KUANTAN - PADAH CABUL GADIS DI BAZAR RAMADHAN

Kuantan - Seorang buruh warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas dua tuduhan mencabul gadis ketika berada di tapak Bazar Ramadan Jalan Mahkota di sini, 15 Julai lalu.

Tertuduh, Malik Sarman, 46, mengaku bersalah bagi kedua-dua tuduhan sebelum dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu dan didenda RM1,000 atau penjara tiga minggu bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, hukuman penjara yang dihadapi berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap.

Berdasarkan pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah mencabul dua gadis berusia 24 dan 18 tahun dengan menyiku buah dada mangsa tanpa kerelaan.

Perbuatan nakal yang dilakukan terhadap kedua-dua gadis itu berlaku serentak kira-kira jam 7.15 petang.

Tertuduh dihadapkan ke mahkamah semalam bagi menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebatan atau dua daripada hukuman tersebut.

0 comments:

share2