Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 24, 2014

BERAT FIRDAUS 'MANGSA DERA' NAIK 6 KG


Salbiah menyuapkan kuih raya kepada Firdaus ketika beliau berkunjung ke Hospital Tuanku Ja'afar, semalam.


Seremban - Genap sebulan dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar di sini, remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, kini semakin sihat.

Malah, berat badannya juga sudah bertambah kepada 21 kilogram berbanding 15 kilogram semasa ditemui terkurung di Taman Semarak, Nilai, 21 Jun lalu.

Firdaus ketika dikunjungi isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin semalam turut kelihatan ceria.

Pada kunjungan itu, Salbiah selaku Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti) berkesempatan melayan karenah Firdaus termasuk menyuap kuih raya kepadanya.

Menurut Salbiah, beliau gembira melihat perkembangan Firdaus kini.

“Terima kasih Hospital Tuanku Ja'afar kerana beri penjagaan amat rapi kepadanya. Saya harap Firdaus dapat menikmati kehidupan lebih baik selepas ini,” katanya.

0 comments:

share2