PUTRAJAYA - Sebuah badan NGO hari ini mencabar Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengemukakan bukti salah laku rasuah kerajaan yang sering kali diuar-uarkan dalam setiap ceramah politiknya sejak 1969.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao mendakwa, sehingga ke hari ini, pemimpin tertinggi DAP itu tidak pernah mendedahkan sebarang bukti hingga merosakkan pemikiran rakyat.
"Saya telah siasat dengan ahli-ahli DAP malah mereka sendiri kata Lim Kit Siang ini penipu, bercakap tanpa bukti.
"Hampir 40 peratus generasi muda mempercayai segala dakwaannya sama ada di pentas atau blog, malah pada pilihan raya lepas, mereka meracuni rakyat hingga pelajar sekolah darjah dua boleh kata BN ini rasuah," katanya selepas menyerahkan laporan penyelewengan Lim Kit Siang kepada ibu pejabat SPRM, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ramesh menambah pihaknya telah menyerahkan beberapa senarai bukti rakaman percakapan pemimpin DAP itu menerusi YouTube.
"Kita minta SPRM siasat Lim Kit Siang, panggil dia, saya sudah bagi link blogger yang sering kali dia kata kerajaan bertaraf rasuah dunia," katanya.
Tambahnya, jika veteran DAP itu enggan kemukakan bukti, beliau mencabar Kit Siang meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat.
"Kalau kamu tidak datang SPRM, kita datang minggu depan cabar dia di kawasannya, kalau tidak, elok dia letak jawatan," katanya lagi.
0 comments:
Post a Comment