Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 15, 2014

MAYAT KANAK-KANAK 9 TAHUN MANGSA LEMAS DITEMUI




Raub - Mayat kanak-kanak mangsa lemas ketika mandi bersama keluarganya di pusat rekreasi Jeram Besu Khamis lalu ditemui tengahari semalam.

Setelah usaha pada hari pertama gagal, operasi mencari dan menyelamat ini ditingkatkan dengan membabitkan 104 anggota dari Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sukarelawan bomba daerah ini.

Gerak kerja pada kali adalah menyusuri kiri dan kanan arus sungai dan berjalan kaki sepanjang 8KM serta mengunakan bot bagi mengesan mangsa. Sebelum operasi dijalankan laungan azan dan doa dibacakan agar dipermudahkan dandilancarkan segala pergerakan operasi oleh Allah S.W.T.

Dato Shamsiah BT Husin, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Pahang turut hadir di lokasi kejadian untuk bertemu ahli keluarga mangsa bagi memberi kata-kata semangat dan motivasi serta mengaturkan kaunselor dari Jabatan Kemajuan Masyarakat bagi membantu ahli keluarga mangsa.

Pada jam lebih kurang 1.00 petang semalam, mangsa telah ditemui lebih kurang 2KM dari lokasi kejadian dimana mangsa dilaporkan hilang. Mangsa telah dibawa ke Hospital Daerah Raub untuk bedah siasat.

YDH Supt. Wan Mohd Samsudin B. Wan Osman Ketua Polis Daerah Raub merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua jabatan, agensi, JKKK, NGO, dan semua pihak yang terlibat dalam membantu operasi mencari dan mengesan mangsa.

Disamping itu, orang ramai yang berkunjung ke pusat rekreasi dinasihatkan membaca kenyataan papan tanda amaran yang berada di kawasan berkenaan dan menjaga keselamatan diri serta mengawasi pergerakan anak-anak sewaktu beriadah. Jika berlaku kemalangan yang tidak diingini orang ramai dinasihatkan untuk segera melapor kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Raub di talian 09-3554 999.

Pusat kawalan tempat kejadian ditutup pada jam 1.30 petang 14 Jun 2014 selepas usaha mencari dan menyelamat selesai.

'PahangKu Media' mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua anggota yang terlibat dalam usaha pencarian tersebut. Ucapan syabas dan terima kasih juga kepada YB. Dato' Shaharuddin Ab. Moin, Adun Dong yang selalu ada ditempat kejadian memberi bantuan dan sokongan.












0 comments:

share2