Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 8, 2014

IDENTITI MAYAT DI TIOMAN, POLIS MASIH TUNGGU KEPUTUSAN DNA



KUANTAN, 6 Jun (Bernama) -- Polis masih menunggu keputusan ujian DNA bagi mengenal pasti identiti mayat lelaki yang ditemui di Sungai Mentawak dekat Chalet Lagoon, Kampung Juara, Pulau Tioman, Rabu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata keputusan awal bedah siasat ke atas mayat juga belum dapat menentukan punca sebenar kematian.

"Operasi mencari dan menyelamat (Gareth David) Huntley bagaimanapun sudah dihentikan selepas penemuan satu mayat pada Rabu lepas, namun kita masih mengekalkan sebilangan anggota dan pegawai untuk siasatan di tempat kejadian," katanya di sini Jumaat.

Beliau berkata setakat ini tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi penemuan mayat yang disyaki warga Britain itu.

Dua hari lepas, pasukan mencari dan menyelamat Huntley yang dilapor hilang di kawasan air terjun Lubuk Teja sejak 27 Mei lepas, menemui satu mayat reput di Sungai Mentawak, berhampiran kawasan Projek Penyu Juara.

Semalam, Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini mengambil sampel darah ibu Huntley, Janet Southwell, bagi tujuan pemadanan DNA mangsa.



0 comments:

share2