Sudah lumrah di Malaysia bila ada sahaja perkara tertentu tengah ‘up’ menjadi polemik, maka berduyun-duyunlah isu lebih kurang serupa tersebar lepas itu.
Apa yang kami maksudkan adalah selepas kecoh tentang video pelajar perempuan ‘pailang’ belasah rakan sekolah di Samarahan, Sarawak didapati ada beberapa lagi video gaduh budak-budak mula dikongsikan di YouTube.
Sebuah video yang dimuat naik tiga hari lalu memaparkan bagaimana bermula dengan balas membalas mulut, pelajar perempuan sebuah sekolah menengah yang berada di luar pagar sekolah mula bergumpal bila masuk bab ‘bapak aku, bapak kau’.
Amat memalukan melihat para remaja perempuan dirakam ini bagai sudah hilang perasaan malu apabila tetap gigih nak bergaduh sampai terbaring-baring tepi jalan meskipun kenderaan yang lalu lalang siap membunyikan hon menyuruh mereka berhenti.
Manakala sebuah video yang baru dimuat naik hari ini pula, menunjukkan budak-budak kecil di Taman Ampangan bergaduh.
Dapat dilihat budak berbaju kuning dalam video ini diprovok dari awal supaya bergaduh agar adegan itu dapat dirakam.
0 comments:
Post a Comment