Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 10, 2014

TUANKU MUHRIZ DIANUGERAH DK PAHANG


Pekan - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengetuai senarai penerima darjah kebesaran Pahang sempena Memuliakan Sambutan 40 Tahun Pemerintahan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, sini, hari ini.

Tuanku Muhriz dikurniakan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang (DK).

Turut dikurniakan darjah sama, Tengku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Lima dianugerahkan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Peringkat Pertama, Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri didahului Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM), Jeneral Datuk Affendi Buang.

Empat penerima lain ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib; Mufti Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman; Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pahang, Datuk Tengku Zulkifly Tengku Ahmad dan Pengerusi Tabung Haji Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Isteri Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Puan Sri Umi Kalsum Wan Awang yang juga Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) pula dianugerahkan darjah kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk.

0 comments:

share2