Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 8, 2014

SERANGAN BOM DI HAT NYAI ANGKARA PEMISAH

Gambar hiasan


HAT YAI - Pihak polis di selatan Thailand hari ini mengesahkan dua serangan bom di bandar Hat Yai petang semalam dilakukan empat anggota kumpulan pemisah.

Ketua Polis Wilayah Songkhla, Mej. Jen. Akapop Prasitwattanachai berkata, ia berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan pergerakan suspek.

Katanya, kumpulan berkenaan juga ada kaitan dengan pengeboman di Dannok Sadao pada hujung tahun lepas dan menjadi rangkaian yang bergerak di tiga wilayah di selatan.

"Satu daripada serangan itu semalam, suspek membawa kereta yang telah dipasang bom ke tempat letak kereta di Balai Polis Hat Yai pada 1.04 tengah hari dan suspek kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal rakannya yang sedang menunggu di luar.

"Lebih kurang 50 minit kemudian, bom meletup,” katanya ketika menjelaskan insiden berkenaan hari ini sebelum mempengerusikan mesyuarat bersama anggota keselamatan bagi membincangkan perkara itu.

Akapop berkata, satu lagi serangan berlaku di hadapan sebuah kedai runcit menggunakan motosikal yang dipasang bom.

Katanya kereta dan motosikal itu merupakan kenderaan curi.


0 comments:

share2