Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang sudah lama berlalu, namun sekali sekala cakap-cakap politik masih kedengaran dan tertanya-tanya kenapa di sidang kali ini pembangkang kelihatan hambar dalam membawa dan membahaskan usul.
Sedangkan sebelum itu hangat kedengaran bahawa beberapa usul akan dibawa dan diperbahaskan... untuk memberikan tekanan kepada kerajaan antaranya isu 'hudud'.. GST... ternakan ikan sturgeon.. serta beberapa lagi isu mengenai alam sekitar, namun mengapakah ianya tidak menjadi kenyataan?
Ada pandangan mengatakan bahawa isu hudud tidak dibawa kerana bimbangkan pertelagahan pendapat sesama pembangkang sendiri mengenai perlaksanaannya, tetapi bagaimana pula dengan isu GST dan alam sekitar yang juga tidak diperbahaskan secara serius?
Ada pendapat mengatakan bahawa kali ini penyokong kerajaan telah dapat memainkan peranannya dengan baik dan berkesan kerana sokongan maklumat dari luar melalui applikasi whatsapp yang membolehkan jawapan diberikan kepada penyokong kerajaan dengan cepat dan tepat dan itu membuatkan pihak pembangkang kehilangan arahan apabila soalan mereka dapat dijawab dan disokong dengan baik.
Kita akui akan keberkesanan maklumat sokongan yang dikatakan itu namun ada perkara lain yang membuatkan lidah pihak pembangkang jadi kelu sejak hari pertama dewan bersidang lagi. Mungkin tidak banyak yang menyedarinya namun ianya adalah antara sebab utama kenapa pembangkang tidak bermaya.
Unit 'PahangKu TV' sentiasa berada didewan dan merakam sepenuhnya setiap perbahasan selama sidang dewan berlangsung. Kehadirannya disedari oleh pihak pembangkang dan itu membuatkan mereka berhati-hati dalam perbahasan atau pun ketika mengemukakan soalan kerana bimbangkan melakukan kesalahan dan disiarkan kepada umum.
Keberkesanan media sosial terutama aplikasi 'YouTube' tidak dapat disangkal lagi bahkan diakui sendiri oleh Menteri Besar ketika memaklumkan mengenai fitnah pembangkang yang mendakwa bahawa beliau memiliki kereta mewah 'RollRoyce' yang dan ditenggelami banjir tidak lama dahulu.
Dengan usaha gigih pemimpin kerajaan dalam menghayati dan menguasai media sosial kebelakangan ini, rakyat sudah semakin sedar bahawa mereka selama ini terkeliru dengan maklumat yang salah yang didakyahkan oleh pembangkang.
Menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, pihak kerajaan harus lebih gigih menguasai media sosial. Aplikasi-aplikasi baharu juga mesti dikenali dan dikuasai agar tidak ketinggalan dari arus perubahan. Generasi muda yang lahir dalam era Internet juga begitu jauh dari media konvensional dan jika kita masih lagi bergantung kepada kaedah lama maka maklumat yang ingin kita sampaikan tidak akan dapat sampai kepada sasarannya, maka segala penafian kita tentang tohmahan pembangkang hanya akan jadi sia-sia.
~ Editor
0 comments:
Post a Comment