Perlawanan bola sepak pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 dicemari dengan insiden kekecohan antara pemain Sarawak dengan penyokong tuan rumah, Perlis, di Stadium UiTM Perlis di Arau semalam.
Insiden provokasi penyokong tuan rumah dengan membaling objek ketika pemain keluar padang mencetuskan kekecohan apabila pemain Sarawak mula bertindak dengan membaling semula objek ke arah penyokong.
Sarawak, yang kalah 4-1 pada perlawanan itu, dikatakan tidak tahan dengan serangan provokasi penyokong selepas perlawanan berakhir dan mula membalas cemuhan penyokong dengan melontar semula objek yang dibaling oleh penyokong.
Keadaan tersebut berlarutan selama 10 minit sebelum dikawal oleh anggota sukarelawan dan polis bertugas.
Pengurus Pertandingan, Jamil Che Mat berkata anggota keselamatan bertindak pantas untuk meredakan ketegangan serta meminta penyokong supaya mengawal emosi dan memberi sokongan secara beradab.
Selain Perlis, pasukan lain yang layak ke suku akhir ialah Sabah, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Johor dan Negeri Sembilan.
0 comments:
Post a Comment